suria

Astro Ria Lancar hlive!

KUALA LUMPUR: Saluran televisyen Astro pada Isnin melancarkan program hiburan terbaharu berjudul hlive! yang bakal bersiaran setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 1 petang dan 8.30 malam di Astro Ria saluran 104.

Naib Pengerusi Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, hlive! menawarkan liputan komprehensif berita hiburan tanpa henti yang terkini. 

"Rangka strategi dan pendekatan menyeluruh telah disusun menggunakan kelebihan jentera promosi yang Astro miliki merangkumi penyiaran secara on air, laman portal, penerbitan digital, acara jelajah atau lapangan, radio, perkhidmatan aplikasi serta perkhidmatan Astro On-The Go. 

"Bagi memantapkan pengisian, hlive!  juga bekerjasama dengan pihak E! News untuk membawakan liputan berita-berita antarabangsa secara eksklusif," katanya pada sidang media pelancaran hlive! di Stadium Chin Woo, di sini, malam Isnin. 

Program ini bakal dikemudikan oleh empat pengacara baru yang berbakat besar iaitu Dahlia Shazwan, Nabil Mahir, Shalma Ainaa dan Alif Farhan. 

Sementara itu, program eksklusif hlive! Apa Kata Malaysia akan diterajui oleh Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara dan bakal bersiaran langsung setiap Ahad, pukul 8.30 malam bermula 25 Mei ini.  

"Pemilihan pengacara untuk program ini amat bersesuaian berdasarkan kepada karekter mereka yang bersahaja dan menarik menepati konsep dan penonton sasaran program ini. 

"Walaupun keempat-empat masih baru, kami percaya kesemua mereka mampu mengemudikan program ini dengan cara tersendiri," ujarnya. 

Antara segmen menarik yang boleh ditonton menerusi hlive! ialahTweet Nakal, 15 Soalan, Di Sebalik..., Fakta atau Propa, dan Pilihan H.
hlive!

Artikel Sebelum

Artikel Lain