suria

Artis Top Meriahkan Pelancaran mStar Online

Anuar Zain akan memeriahkan pelancaran wajah baharu mStar Online Khamis.

PETALING JAYA: Barisan artis-artis popular  bakal memeriahkan majlis pelancaran wajah baharu mStar Online yang akan berlangsung di Alexis Gardens, Mid Valley, Bangsar di sini pada Khamis (esok).

Pelawak Shuib (Sepahtu), Jihan Musa dan Yus (Jambu) dijangka dapat menggeletek hati tetamu dengan telatah-telatah lucu dan gimik yang bakal dilakukan.

Pelakon Fahrin Ahmad pula akan bertindak sebagai pengacara.

alyah
Alyah


Majlis yang akan bermula kira-kira pukul 3 petang itu bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi hebat iaitu Anuar Zain, Alyah dan juga Riz (AF6).

Malah, lebih 50 selebriti yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pengarah filem dan produser akan sama-sama menyokong pelancaran wajah baharu portal ini.

Antara artis yang bakal hadir ialah Rozita Che Wan, Zain Saidin, Kamal Adli, Siti Saleha, Hairul Azreen, Afiq Muiz, Farawahida, Akim Ahmad, Fouziah Gous, Tasha Shilla dan Anzalna Nasir.

fazura
Fazura


Turut mengesahkan untuk hadir ialah Elfira Loy, Sazzy Falak, Karl Shafek, Johan As’ari, Fazli Zainal, Uqasha Senrose, Gambit Saifullah, Qi Razali, Aishah Sinclair, Nelydia Senrose, Haiza, Yasmin Hani, Nurul Wahab, Hans Isaac dan Dynas Mokhtar.

Antara pengarah dan produser yang bakal memeriahkan pelancaran ini ialah Shuhaimi Lua, Mamat Khalid, Raja Azmi, Fadzil Teh dan David Teo.

Bintang sukan yang akan bersama pula terdiri daripada Ann Osman, AJ Pyro, Nazmi Faiz dan Azlan Iskandar.

Pereka fesyen ternama juga bakal memeriahkan pelancaran mStar Online iaitu Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Hatta Dolmat, Nurita Harith, Zakwan Anwar dan Khoon Hooi.


intan ladyana
Intan Ladyana


Dalam pada itu juri pemilihan peraduan #mstarvip iaitu Fazura dan Rizman berkata, mereka tidak sabar untuk bersua muka dengan 20 pemenang peraduan berkenaan yang dipilih berdasarkan penampilan ‘summer chic’ paling menarik menerusi akaun Instagram mstardotcomdotmy.

“Sebagai juri, kami menanti 20 peserta untuk hadir dengan imej yang ditunggu-tunggu bersesuaian dengan pelancaran ini,” kata mereka.

mStar Online mula diperkenalkan pada Ogos 2005 manakala perubahan wajah baharunya menemui pembaca sejak 9 Mac lalu.

fahrin ahmad
Fahrin Ahmad


Pelancaran wajah baharu dengan tagline ‘Meraikan Aspirasi Dunia Maya’ ini dijangka mampu menarik lebih ramai golongan muda khususnya penggemar media digital kerana reka bentuknya lebih interaktif.

Orang ramai yang ingin menyaksikan pelancaran  wajah baharu mStar Online ini bolehlah melayari kami menerusi www.mstar.com.my ataupun di Instagram menerusi akaun mstardotcomdotmy.

Perkembangan pelancaran ini akan turut dimuat naikdi akaun Twitter menerusi akaun mstaronline dan juga facebook/mstardotcomdotmy.

mstar online

Artikel Lain