suria

Boboiboy Muncul Untuk Musim Terbaharu

PETALING JAYA: Program animasi popular kanak-kanak terbitan Animonsta, Boboiboy kini muncul dengan musim terbaharu yang ditayangkan bermula Ahad (hari ini).

Boboiboy yang kini sudah pun memasuki musim ketiga itu akan bersiaran sebanyak 18 episod setiap hari Ahad, pukul 7 malam, menerusi saluran TV3.

Susulan daripada musim kedua dimana BoBoiboy telah menumpaskan robot pemusnah ciptaan Ejo Jo dan ia telah membangkitkan kemarahan musuh Boboiboy itu.

Untuk musim baharu ini, Ejo Jo bukan sahaja tampil untuk bersemuka dengan BoBoiBoy malah dia juga mencuri kuasa Gopal, Yaya dan Ying untuk menentang BoBoiBoy dan kini lebih berkuasa dan kebal.

Bukan itu sahaja, Ejo Jo juga berjaya menemui potensi kuasa yang dimiliki oleh Gopal, Yaya dan Ying sehingga membebaskan perisai kuasa yang sukar ditembusi.

Hanya bertarung keseorangan tanpa bantuan daripada Gopal, Yaya dan Ying, BoBoiBoy menghadapi masalah untuk menangkis serangan Ejo Jo dan dia mula hilang harapan.

Bagi yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya menerusi laman sesawang Tonton iaitu di www.tonton.com.my atau layari www.tv3.com.my, Facebook, Instagram dan Twitter 'TV3Malaysia' untuk mendapatkan informasi terkini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain