suria

'Oh My Ganu' Lebih Lucu Dari 'Oh My English'

Zain Saidin mengekalkan wataknya sebagai Mr. Middleton dalam Oh My ganu.
Zain Saidin mengekalkan wataknya sebagai Mr. Middleton dalam Oh My ganu.
Zain Saidin mengekalkan wataknya sebagai Mr. Middleton dalam Oh My ganu.

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan drama bersiri bercorak pendidikan Oh My English! dihasilkan, sebuah telefilem khas iaitu Oh My Ganu pula diterbitkan bagi memenuhi tuntutan orang ramai yang menyukai drama itu.

Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Oh My Ganu adalah kesinambungan daripada episod kemuncak Oh My English! musim kedua dan sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia drama tersebut.

"Oh My English! yang disiarkan menerusi Astro TVIQ iaitu komedi pendidikan musim kedua ini berjaya menarik perhatian dengan tontonan seramai 5.2 juta penonton televisyen, 11.6 juta tontonan di YouTube, 525,000 peminat di Facebook serta menguasai tangga teratas Twitter.

“Manakala Oh My Ganu pula menjanjikan kelainan dengan kehadiran watak baharu yang dihidupkan oleh Izzue Islam dan Zizan Razak," katanya pada sidang media pratonton telefilem itu di Signiture, The Garden, di sini, Rabu.

Tambahnya, telefilem ini dihasilkan dengan kualiti penggambaran yang tinggi setaraf penerbitan filem.

Karya yang diterbitkan dengan kerjasama Red Communication ini turut mendapat sentuhan daripada pengarah fotografi, Haris Sue Abdullah, penata muzik, Mohsin Othman dan pengarah Umi Salwana Omar.

"Saya pasti telefilem ini bakal memberi impak berbeza kerana mengabung kan komedi dan kandungan ilmiah dan setaraf kualiti filem di pawagam dan sesuai dengan semua peringkat usia," katanya.

Selain Zizan Razak dan Izzue Islam, Oh My Ganu turut dibintangi oleh pelakon asal drama Oh My English! seperti Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Izara Aishah, Harun Salim Bachik dan Syafie Naswip.

Oh My Ganu yang berlatar belakang sebuah kampung di Pantai Timur menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halaman.

Mr. Middleton mendapat halangan untuk mencuri semula hati Cikgu Ayu yang digilai oleh seorang jutawan kampung (Zizan Razak) dan seorang rakan rapatnya lakonan Izzue Islam.

Telefilem Oh My Ganu akan disiarkan pada 27 November ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 135 & 610).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain