suria

'Wind Chimes In Bakery' Catat Tontonan 3.5 Juta Di YouTube

KUALA LUMPUR: Drama Korea versi Malaysia berjudul Wind Chimes In A Bakery berjaya menarik minat seramai 3.5 juta penonton di laman YouTube.

Ketua Bahagian Telefon Mobile Samsung, Vincent Chong, berkata drama tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada penonton.

"Drama inspirasi daripada drama Korea ini menyentuh hati penonton setiap minggu, saya juga menerima banyak maklum balas yang baik tentang drama ini.

"Selain berhibur dengan jalan cerita, kami ingin memberitahu tentang kelebihan telefon bimbit terbaharu Samsung Galaxy 4 yang unik dan mampu merakam setiap detik-detik manis," katanya ketika ditemui selepas majlis tayangan episod akhir drama Wind Chimes In Bakery, di sini, Rabu.

Drama dalam talian itu bermula pada 20 Julai lalu adalah karya yang diinspirasikan dari drama Korea yang diterbitkan oleh syarikat elektronik terkemuka, Samsung Electronics Malaysia dengan kerjasama Samsung Galaxy S4.

Drama ini juga mendapat sentuhan pengarah yang dibawa khas daripada Korea, Jang Jae Hyeok.

"Saya sungguh gembira drama ini diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia. Saya juga bangga apabila drama-drama Korea diaplikasikan ke negara ini dan diterima penonton.

"Saya juga percaya setiap cerita cinta memberi semangat dan kekuatan emosi kepada penonton yang menontonnya," katanya.

Drama bersiri lapan episod itu dibintangi pelakon baharu iaitu Ahmad Nabil dan Koe Yeet dengan penampilan khas, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay.

Wind Chimes In Bakery ini mengisahkan hubungan antara Adam dan Sue yang lahir daripada latar belakang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu perniagaan kek dan roti.

Bagaimanapun hubungan cinta mereka terhalang oleh keluarga kerana darjat yang berbeza.

Penonton boleh menyaksikan drama ini di Samsung Malaysia YouTube Channel bagi menyaksikan lapan episod tersebut. Manakala episod akhir akan disiarkan pada Jumaat ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain