Kes Benjy & Rakan Miliki Dadah Disebut Semula 11 September Depan

Gambar fail Benjy didakwa atas tuduhan memiliki dadah seberat 4.7 gram dadah jenis pada Jun lalu. - FotoBERNAMA
Gambar fail Benjy didakwa atas tuduhan memiliki dadah seberat 4.7 gram dadah jenis pada Jun lalu. - FotoBERNAMA
Gambar fail Benjy didakwa atas tuduhan memiliki dadah seberat 4.7 gram dadah jenis pada Jun lalu. - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin menetapkan 11 September untuk sebutan semula kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dan lima rakannya atas tuduhan memiliki dadah.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Farhan Read dan peguam P.G Cyril untuk menarik diri daripada mewakili anak guam mereka.

Terdahulu, Farhan memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menarik diri daripada mewakili Imran Radzi Ibrahim dan perkara itu telah dimaklumkan kepada anak guamnya.

Cyril juga memberitahu mahkamah beliau menarik diri daripada mewakili anak guamnya, Asmanizam Mohamed Akhir dan Norazila Arzami selepas tidak menerima arahan lanjut untuk mewakili pasangan suami isteri itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan pihaknya akan meminda pertuduhan yang dihadapi kesemua tertuduh tetapi perkara itu akan dikemukakan pada 11 September ini.

Benjy, 34, bersama lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, 37, Imran Radzi, 32, Asmanizam, 32, Norazila, 27, dan Afifi Hamidi, 27, didakwa memiliki beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas.

Bagaimanapun, Zain Amir mengaku bersalah manakala Benjy serta empat yang lain minta dibicarakan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain