suria

Kelly Clarkson Nafi Hamil

Kelly dan kekasihnya, Brandon.
Kelly dan kekasihnya, Brandon.
Kelly dan kekasihnya, Brandon.

SELAIN dikhabarkan bakal berkahwin, Kelly Clarkson turut digosipkan sedang hamil anak kekasihnya, Brandon Blackstock.

Menurut laporan E!Online, khabar angin itu tersebar selepas salah seorang deejay di sebuah stesen radio tersalah faham dengan ucapan Kelly.

Bagaimanapun stesen radio berkenaan telah meminta maaf kepada Kelly secara umum. Namun berita tersebut membuatkan ramai yang bertanyakan sekali lagi mengenai kehamilannya itu.

Hal tersebut membuatkan Kelly mengeluarkan satu lagi kenyataan menerusi laman Twitter miliknya menegaskan dia masih lagi belum hamil.

"Untuk pengetahuan semua, saya dan Brandon akan berkahwin dalam masa terdekat ini dan saya tidak hamil. Kami akan menyimpan semua rahsia peribadi dengan satu alasan sahaja iaitu kami ingin menikmati semua kegembiraan ini secara privasi," ujar Kelly.

Pasangan tersebut akan berkahwin pada Oktober depan dan menyatakan ingin mengadakan sebuah majlis yang sederhana dan mengundang orang yang penting dalam hidupnya sahaja.

Artikel Berikut

Artikel Lain