Salina Saibi Tidak Terkilan Hanya Diberi Watak Antagonis

Salina percaya setiap tawaran watak yang diterima merupakan satu kepercayaan daripada pengarah terhadap bakat lakonannya.
Salina percaya setiap tawaran watak yang diterima merupakan satu kepercayaan daripada pengarah terhadap bakat lakonannya.
Salina percaya setiap tawaran watak yang diterima merupakan satu kepercayaan daripada pengarah terhadap bakat lakonannya.

PETALING JAYA: Pelakon Salina Saibi mengakui tidak pernah terkilan hanya ditawarkan watak-watak antagonis seperti yang sering dilakonkan dalam drama dan filem.

Salina, 31, berkata, dia percaya setiap tawaran watak yang diterima merupakan satu kepercayaan daripada pengarah terhadap bakat lakonannya.

"Saya tidak kisah atau berkecil hati hanya diberikan kerana saya tahu pengarah lebih mengetahui apa yang mereka mahukan.

"Mungkin kerana raut wajah saya agak garang membuatkan saya sering diberi watak-watak yang antagonis atau watak-watak tegas dan aksi," katanya ketika ditemui mStar Online.

Tambah Salina, selama lebih 10 tahun berada dalam industri dia tidak terlalu cerewet dalam pemilihan watak.

"Saya menjadikan lakonan sebagai punca rezeki jadi saya tidak pernah memilih watak.

"Bagaimanapun watak antagonis yang saya terima bukan antagonis yang sama tetapi berbeza-beza.

"Baru-baru ini juga ada beberapa tawaran berlakon watak komedi, Alhamdulillah walaupun saya tidak pandai melawak namun boleh juga melakonkannya, ia sungguh seronok," katanya.

Dalam pada itu, Salina berkata, dia berhasrat untuk mengambil lesen motor berkuasa besar.

"Saya suka bawa motor, saya boleh bawa motor kuasa besar kepunyaan suami tetapi setakat ronda-ronda di kawasan dekat-dekat sahajalah sebab belum ada lesen lagi.

"Insyaallah, saya akan ambil lesen dalam masa terdekat ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain