suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Astro Tutor Perkenalkan Kuiz Zoom UPSR Ahad Ini

Azrul
Azrul
Azrul

PETALING JAYA: Saluran Astro Tutor TV UPSR (saluran Astro 601) mencari kelainan bagi menambah pengetahuan pendidikan kepada pelajar tahun enam dengan memperkenalkan Zoom UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) bermula Ahad ini.

Ketua Bahagian Pendidikan Astro, Ravi Giopal berkata, rancangan berbentuk kuiz itu bakal menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran peperiksaan itu.

“Ia melibatkan subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Kami yakin kuiz ini akan menjanjikan keseronokan selain memberi peluang kepada pelajar tahun enam menghadapi peperiksaan UPSR,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Menerusi kuiz itu para penonton boleh melihat Azrul (Raja Lawak) sebagai hos bersama peserta iaitu pelajar-pelajar cemerlang yang mewakili sekolah berprestasi tinggi di Selangor melakukan aktiviti yang dirancang.

Katanya, setiap kumpulan terdapat dua pasukan yang masing-masing mempunyai tiga orang peserta bersaing untuk menempuh cabaran dalam beberapa segmen yang telah disediakan dalam kuiz itu.

Jelas beliau, kumpulan yang menang layak untuk ke pusingan seterusnya sehinggalah ke peringkat akhir sebelum diumumkan sebagai juara Zoom UPSR 2013 bagi melayakkan mereka berkongsi wang tunai sebanyak RM5,000.

Selain Azrul, antara selebriti yang akan menyertai kuiz ini ialah pelakon Oh My English seperti Akhmal Nazri (Jibam), Zhafir Muzani (Mazlee) serta peserta On Air iaitu Hafizul Kamal dan Hefny Sahad.

Turut terlibat ialah Haziq (Tom Tom Bak).

Dalam pada itu ulangan kuiz ini akan menemui penonton pada setiap Ahad, pukul 4 petang dan 9 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Lain