suria

TV3 Susun Semula Jadual Siaran Program

Majalah Tiga.
Majalah Tiga.
Majalah Tiga.

PETALING JAYA: Stesen TV3 telah melakukan beberapa rombakan kepada jadual siaran susunan programnya sejajar dengan kaji selidik yang telah dilakukan secara teliti ke atas kecenderungan dan permintaan penonton.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Mohamed Nordin, berkata perubahan ini adalah salah satu langkah mengukuhkan kedudukan TV3 selaku saluran nombor satu negara dan terus menjadi pilihan utama penonton.

"Perubahan jadual ini ialah berdasarkan kaji selidik yang telah dilakukan secara teliti ke atas kecenderungan dan permintaan penonton serta sebagai strategi pemasaran kami.

"Dengan purata syer penonton sebanyak 40 peratus diharapkan langkah positif ini akan terus menarik minat penonton. Di samping itu, TV3 sentiasa berusaha untuk terus menghidangkan program-program terbaik dan berkualiti buat para penonton," katanya.

Program dokumentari popular ‘Majalah 3’ yang sebelum ini disiarkan setiap hari Sabtu akan ditukar ke hari Isnin pukul 9.00 malam, slot Samarinda yang sedang menyiarkan drama siri ‘Epilog Cinta Khirana’ diubah ke setiap Isnin hingga Rabu pukul 10.00 malam dan World Wrestling Entertainment (WWE) pada hari Isnin pukul 11.00 malam.

Selepas berakhirnya drama Epilog Cinta Khirana, slot Samarinda akan menayangkan drama Ramadan Yang Hilang.

Slot Aksi yang bakal menampilkan drama siri ‘Dewi Lasak’ akan bersiaran pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam.

Manakala program Bersamamu akan bertukar siaran ke Khamis pukul 9.30 malam.

Slot Pearl Screen yang mempersembahkan filem-filem terbaik Hong Kong dan China diletakkan pada hari Khamis pukul 10.00 malam.

Memasuki musim kedua, program bual bicara ‘Tunggu Sekejap’ yang dihoskan oleh Awie bakal menemui penonton pada hari Sabtu pukul 9.00 malam.

Di sebalik rombakan waktu siaran, beberapa program masih dikekalkan seperti asal. Program tersebut ialah slot Lestary yang sedang menyiarkan drama siri romantik ‘Kisah Cinta’, ‘Supernatural’, ‘Soal Jawab’, ‘999’, 'slot Zehra',‘Mega Movie’ dan ‘Cerekarama’.

Malah, bermula 30 Jun ini, drama rantaian terbaru berjudul ‘Ummi’ akan menemani penonton setiap hari Ahad pukul 9.00 malam disusuli ‘The Best of BMB’ pukul 10.00 malam dan ulangan drama siri ‘Miss Octopus’ pada pukul 11.00 malam.

Artikel Berikut

Artikel Lain