suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanye & Kim Gaduh Tentang Tempat Kelahiran Bakal Anak

KELAHIRAN anak Kanye West dan kim kardashian tinggal beberapa bulan lagi namun pasangan ini masih lagi belum membuat kata sepakat tempat Kim bakal bersalin serta hal-hal penjagaan anak.

Saat ini, Kanye sedang melakukan sebuah projek besar di Paris, Perancis dan Kim pula berada di Los Angeles. Perkara itu membuatkan Kanye terpaksa menempuh perjalanan jauh berulang alik semata-mata untuk bertemu kekasihnya itu.

Keadaan yang menyukarkan itu membuatkan Kanye, 35 berusaha memujuk Kim untuk tinggal di Paris dan bersalin di situ. Namun, Kim pula bertegas mahu tinggal di Los Angeles dan membesarkan anaknya di samping keluarga.

"Kanye ingin bayinya lahir di Paris, dia tak kisah jika anak yang bakal lahir itu mempunyai kewarganegaraan Perancis.

"Tetapi Kim pula menolak. Baginya, anak yang bakal lahir itu berlu bersama keluarganya yang besar dan mahu bayinya membesar dengan adik beradiknya. Hal tersebut membuatkan mereka sering bergaduh," kata sumber kepada majalah Life & Style.

Artikel Lain