Britney Spears Sukar Dapat Tubuh Seksi - Hiburan | mStar

Britney Spears Sukar Dapat Tubuh Seksi

Britney akui sukar untuk mengekalkan berat badannya.
Britney akui sukar untuk mengekalkan berat badannya.

PENYANYI terkenal, Britney Spears mengakui sukar untuk mengamalkan diet namun terpaksa melakukannya bagi mendapatkan tubuh yang seksi.

Britney, 31, berkata, sejak beberapa tahun lalu dia sentiasa berjuang dengan berat badannya yang disifatkan sebagai tidak konsisten.

"Berat badan saya sebelum ini sukar dijangka kerana ia senang untuk naik dan ada kalanya mudah untuk menurunkan berat badan," katanya kepada akhbar The Mirror.

Bagaimanapun kata Britney, dia kini perlu lebih prihatin terhadap berat badannya kerana faktor usia yang semakin meningkat dan perlu berusaha lebih untuk kekal sihat dengan diet yang betul.

"Selain senaman dan diet, yoga banyak membantu saya mengimbangi semua perkara dalam hidup," katanya.

Dalam pada itu, Britney buat pertama kali muncul pada muka hadapan majalah Shape hanya memakai bikini dengan bentuk tubuh yang langsing.

Dia juga turut berkongsi gambar berkenaan dengan para peminatnya di laman Twitter.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi