suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sylvester Stallone & Pengasuh Kim Kardashian Nyaris Bercinta

Sylvester Stallone
Sylvester Stallone
Sylvester Stallone

BEKAS pengasuh Kim Kardashian iaitu Pam Behan membuat pengakuan dia nyaris menjalinkan hubungan cinta dengan Sylvester Stallone apabila aktor itu cuba menggodanya.

Menurut laporan portal Aceshowbiz, hal itu berlaku ketika dia masih lagi bekerja dengan keluarga Kardashian.

Bintang filem Rocky itu turut meluahkan keinginannya untuk menjalinkan hubungan dengan Pam, namun wanita berusia 41 tahun itu takut untuk menerimanya.

"Sly (Sylvester) berkata kepada saya; "Pam, kamu cantik di luar dan dalam. Kamu sangat rendah diri dan itu semua membuatkan saya sukakan kamu,” kata Pam, mengenang kembali kenangan tersebut.

Tambah wanita itu, bekerja untuk keluarga kaya itu juga ada suka dan dukanya dan antara pengalaman lain yang tidak dilupakan ialah apabila keluarga Kardashian menghalangnya daripada berhenti bekerja di sana.

"Kloe selalu menghalang saya agar jangan berhenti. Mereka (keluarga Kardashian) memberikan kenangan yang cukup indah buat saya," ujarnya.

Artikel Lain