suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dwayne Johnson Semakin Pulih Selepas Pembedahan Hernia

Dwayne Johnson
Dwayne Johnson
Dwayne Johnson

AKTOR Dwayne Johnson yang dikejarkan ke hospital akibat penyakit hernia yang menyerangnya baru-baru ini semakin pulih selepas menjalani pembedahan pada Isnin minggu lalu.

Menurut laporan E! Online, bintang bertubuh sasa itu dilihat beransur pulih apabila dia memuat naik fotonya menerusi akaun Twitter miliknya di hospital dengan memakai kemeja-T biru 'Superman'.

Kepalanya masih lagi bersarung, namun Dwayne tetap menunjukkan keadaannya seolah-olah sudah baik sepenuhnya.

Bintang filem The Rock itu juga sering memberikan informasi terkini mengenai kesihatannya menerusi Twitter khas buat peminat-peminatnya.

Malah dia menyifatkan dirinya sekuat hero popular 'Superman' seperti foto yang dimuatkan itu.

Bagaimanapun selepas pembedahan doktor telah menyarankan Dwayne untuk berhenti mengangkat benda-benda berat. Malah lelaki itu juga terpaksa menghentikan aktiviti kegemarannya menyertai perlawanan tinju.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain