suria

Hubungan Russell Brand, Katy Perry Retak Pada Hari Pertama Nikah

Katy Perry (kiri) dan bekas suaminya, Russell Brand.
Katy Perry (kiri) dan bekas suaminya, Russell Brand.
Katy Perry (kiri) dan bekas suaminya, Russell Brand.

PELAWAK British iaitu Russell Brand mendedahkan perkahwinan singkatnya dengan penyanyi popular Katy Perry telah ditakdirkan untuk musnah sejak hari pertama lagi apabila mereka berdua memanjat belakang gajah untuk melafazkan pernikahan.

Dalam satu rakaman temu bual dengan sebuah stesen radio XFM, Russell dalam nada berjenaka berkata yang perkahwinannya pun bermula atas dasar yang tidak kukuh dan goyah iaitu di atas badan gajah.

“Tetapi saya telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga kami.

“Perkahwinan kami itu telah goyang dari hari pertama kami melafazkan ikatan perkahwinan iaitu sebelum saya sempat turun dari belakang badan gajah yang menjadi pentas kami mengikat tali perkahwinan.

“Ia adalah suatu ikatan yang tidak menyeronokkan... Biar saya beritahu sesuatu tentang perkahwinan... Perkahwinan adalah satu ikatan antara dua insan yang boleh bertahan selama 14 bulan.

“Ia adalah ikatan janji suci selama 14 bulan iaitu bermula dari atas badan gajah dan berakhir di dalam surat khabar," jelasnya dalam nada sinis yang jelas sekali merujuk kepada usia perkahwinannya yang hanya bertahan selama 14 bulan.

Apabila semua orang ketawa mendengar dia berkata begitu, Russell mencelah: "Jangan ketawa...saya dah cuba yang terbaik. Macam mana kamu semua tahu dengan tepat berapa lama perkahwinan saya bertahan? Kamu semua buat kiraan masa eh!"

Pelawak itu yang berpisah dengan Katy pada Januari 2012 bagaimanapun masih sempat berjenaka dengan berkata; "Kita harap Katy tidak mendengar siaran ini lebih-lebih lagi hubungan dia dengan kekasih barunya John Mayer kini juga telah retak."

Artikel Lain