suria

One Direction Minum Teh Pudina Ganti Arak

Kumpulan One Direction
Kumpulan One Direction
Kumpulan One Direction

KUMPULAN One Direction membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang minuman beralkohol sebelum mengadakan persembahan pentas.

Menurut laporan portal Manchastereveningnews.co.uk, kumpulan yang dibarisi ahli Niall Horan, Zayn Malik, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Liam Payne, ingin mengubah cara kerja yang lebih sihat di mana hanya teh pudina sahaja yang akan diminum mereka.

"Pihak pengurusan kumpulan itu telah meminta teh pudina berbanding dengan permintaan biasa artis lain yang inginkan minuman beralkohol.

"Mereka enggan dilihat tidak berdisiplin atau tidak fokus apabila bersama-sama peminat.

"Mereka juga tidak mahu menjejaskan momen indah bersama peminat-peminat mereka," kata sumber.

Artikel Berikut

Artikel Lain