suria

Ang Lee Beralih Kepada Pengarahan Drama Bersiri

Ang Lee bakal mengarahkan drama bersiri berjudul Tyrant.
Ang Lee bakal mengarahkan drama bersiri berjudul Tyrant.
Ang Lee bakal mengarahkan drama bersiri berjudul Tyrant.

PENGARAH filem terkenal, Ang Lee dilaporkan telah menandatangani sebuah projek drama bersiri berjudul Tyrant dan ia akan menjadi karya pertamanya untuk program televisyen.

Contactmusic.com melaporkan, Lee menerima tawaran itu selepas memenangi Anugerah Akademi menerusi filem Life of Pi pada bulan lalu.

Drama tersebut bakal berkonsepkan tentang budaya dan konflik politik yang menfokuskan kepada kehidupan seharian masyarakat di Amerika Syarikat.

Ia bakal ditayangkan di saluran FX dan penggambaran dijadualkan akan berlangsung pada musim panas ini.

Bagaimanapun barisan pelakon masih belum didedahkan oleh pihak penerbit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain