suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Irwansyah dan 3 Artis Lain Berpesta Dadah

Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar ditahan gara-gara berpesta dadah.
Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar ditahan gara-gara berpesta dadah.
Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar ditahan gara-gara berpesta dadah.

JAKARTA: Penyanyi yang pernah menempa nama di Malaysia menerusi lagu Pencinta Wanita, Irwansyah ditahan oleh Badan Narkotik Nasional (BNN) ketika sedang berpesta dadah.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, isteri penyanyi yang juga pelakon itu turut menahan isterinya, Zaskia Sungkar yang disyaki mengambil dadah pada awal pagi Ahad.

Kes ini mencetus kegemparan di kalangan industri hiburan tempatan dan sekali gus di kalangan masyarakat Indonesia.

Irwansyah, 28, merupakan antara artis Indonesia yang pernah popular di Malaysia selepas lagu duet bersama Acha Septriasa, My Heart diminati ramai beberapa tahun lalu.

Dua lagi artis ternama Indonesia turut ditahan iaitu Raffi Ahmad yang merupakan pengacara program hiburan paling popular Indonessia, Dahsyat serta Wanda Hamidah.

Kesemua artis popular itu ditahan di kediaman Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada waktu Subuh hasil maklumat daripada orang ramai.

Artikel Lain