suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patrick Teoh Mohon Maaf Secara Terbuka Hina Islam

Teoh memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam atas kenyataannya menghina Islam.
Teoh memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam atas kenyataannya menghina Islam.
Teoh memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam atas kenyataannya menghina Islam.

PETALING JAYA: Pelakon dan personaliti radio, Patrick Teoh secara terbuka telah memohon maaf kepada umat Islam berikutan kenyataannya menghina Islam ketika mempersoalkan panduan kerajaan PAS Kedah mengenai penganjuran program Tahun Baru Cina, bulan depan.

Berita Harian melaporkan, Teoh menyedari kesalahan yang dilakukan sehingga menerima e-mel pelbagai pihak yang marah disebabkan kenyataan tersebut.

"Saya ikhlas memohon maaf kepada semua umat Islam. Saya percaya kritikan terhadap saya berpunca daripada penggunaan frasa 'Quran-thumping m***** F*****....' Saya bersalah.

"Kepada semua umat Islam saya meminta maaf kerana menyinggun dalam kenyataan menerusi Facebook. Kenyataan itu sudah pun dibuang dan alasannya sudah dijelaskan. Terima kasih atas kesabaran anda," jelasnya menerusi laman Twitter.

Teoh dikecam pelbagai pihak yang memberi maklum balas susulan cacatannya kerana mengeluarkan kenyataan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam.

Menerusi laman Facebooknya, Patrick mengguris perasaan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan keterlaluannya termasuk merendahkan martabat al Quran.

"Menggalakkan nyanyian lagu motivasi. Apa jenis motivasi yang mereka mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain