suria

Gita Gutawa Selesa Berada Di London

Gita Gutawa
Gita Gutawa
Gita Gutawa

JAKARTA: Penyanyi remaja Gita Gutawa mengakui dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di England selepas lebih dua tahun melanjutkan pengajian di negara itu.

Gita yang belajar di University of Birmingham, London sudah memasuki tahun kedua daripada tiga tahun pengajiannya.

"Saya tidak terasa melalui tempoh itu kerana waktu berlalu dengan pantas.

"Alhamdulillah, saya semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini," katanya kepada portal Kapanlagi.com di sini, pada Selasa.

Puteri kepada komposer terkenal Erwin Gutawa ini turut mengakui dia sudah terbiasa dengan kehidupan di negara itu.

"Sekarang saya sudah tidak berasa seronok di sana. Semuanya sudah menjadi normal.

"Alhamdulillah, saya juga belajar hidup berdikari tanpa orang tua di sana. Makan dan mencuci pakaian semuanya saya lakukan sendiri," katanya.

Gita berkata, dia sudah berpindah dari asrama dan tinggal di sebuah apartmen.

"Keadaan apartmen saya lebih bebas. Kalau sebelum ini, pintu bilik asrama pasti diketuk gara-gara bising kerana latihan nyanyian pada lewat malam, sekarang saya boleh berlatih menyanyi dengan bebas," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain