suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Halle Berry Berdoa Untuk Tambah Anak

Halle Berry (kiri) dan tunangnya, Olivier Martinez.
Halle Berry (kiri) dan tunangnya, Olivier Martinez.
Halle Berry (kiri) dan tunangnya, Olivier Martinez.

LOS ANGELES: Aktres Halle Berry mendedahkan dia bersama anak perempuannya, Nahla yang berusia empat tahun, berdoa pada setiap malam agar dikurniakan anak lagi.

Bagaimanapun, Berry terpaksa menangguhkan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasih yang jug aktor dari Perancis, Olivier Martinez selagi perbicaraan hak penjagaan anaknya dengan bekas kekasih Gabriel Aubry belum selesai.

“Kami berdoa kepada Tuhan. Ia adalah sesuatu yang indah. Dia (Nahla) berdoa, ‘Tuhan, tolong berikan saya sebuah katil dan adik perempuan.’

“Saya pula berkata, ‘Saya boleh tunaikan hasrat pertamanya (memiliki katil baru) tetapi mengenai soal adik baru, kami terpaksa terus berdoa.

“Apa yang akan anda jelaskan apabila dia mahu mempunyai adik baru dan dia tidak faham mengapa Tuhan mengambil masa yang lama (menunaikan hajat)?” katanya seperti dipetik portal People.com.

Artikel Sebelum

Artikel Lain