suria

Tom Cruise Tinggalkan Fahaman 'Scientology' Kerana Katie Holmes

Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes
Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes
Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes

LOS ANGELES: Pelakon dan produser Tom Cruise dikhabarkan bakal meninggalkan fahaman Scientology yang dianutinya demi memulihkan semula keretakan rumah tangganya dengan aktres Katie Holmes.

Menurut laporan laman web ShowbizSpy.com, keretakan rumah tangga mereka yang dipercayai berpunca daripada ajaran yang dianuti aktor itu sejak 20 tahun lalu membuatkan Cruise bertekad untuk meninggalkan ajaran tersebut.

“Kini dia kehilangan perkara yang paling berharga (keluarga) dalam hidupnya. Tom melihat Scientology telah menyebabkan keretakan kepada rumah tangganya, bukan sekali tetapi sebanyak dua kali,” kata satu sumber seperti dipetik laman web itu.

Sebelum berkahwin dengan Holmes, aktor itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Nicole Kidman dari 1990 hingga 2001.

Difahamkan, perkahwinan pertama itu musnah kerana fahaman yang dianuti bintang filem Mission Impossible itu.

Bagaimanapun, tambah sumber itu, selepas lebih 20 tahun mengikuti ajaran Scientology, iaitu fahaman yang bertujuan memulihkan seseorang yang terlupa akan asal budaya, ia bukanlah perkara mudah bagi Cruise untuk meninggalkannya.

“Dia telah kehilangan Nicole dan sekarang Katie dan anaknya Suri. Kini Tom mula sedar fahaman tersebut tidak boleh diterapkan dalam rumah tangganya,” kata sumber itu lagi.

Artikel Lain