suria

Ayu Damit Tidak Merajuk, Cari Rezeki Di Hotel

Ayu Damit. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Ayu Damit. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Ayu Damit. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ayu Damit menegaskan kehilangannya daripada dunia hiburan tanah air selama hampir dua tahun bukan kerana mahu melarikan diri ekoran dakwaan hamil luar nikah.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 23, sebaliknya berkata, dia tidak pernah merajuk atau menjauhkan diri tetapi menimba pengalaman sebagai penyanyi “lounge” hotel sejak setahun setengah yang lalu.

“Saya tidak pernah hilang, merajuk atau melarikan diri daripada industri. Hakikatnya, saya masih wujud cuma tidak muncul di depan khalayak saja.

“Sepanjang sembilan bulan lalu, saya menyanyi di “lounge” sebuah hotel di ibu negara. Saya diberi kebebasan menyanyi pelbagai jenis lagu serta dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi dengan penonton,” katanya.

Juara program realiti One In a Million musim kedua (OIAM2) ini berkata, pengalaman menyanyi di luar arena hiburan komersial selama ini memberikan pendedahan dan pengalaman baru yang berguna sebagai persiapan untuk kembali ke bidang nyanyian tidak lama lagi.

“Banyak pengalaman berguna yang boleh dijadikan panduan sebelum saya kembali beraksi di pentas nyanyian nanti. Secara rasminya, saya sudah kembali dengan label baru sejak awal April lalu.

“Album kedua yang memuatkan enam lagu sudah dipasarkan sebelum Ramadan lalu. Saya berasa teruja untuk kembali,” katanya.

Album terbaru ibu kepada Syed Nashrul Haikal, 2, dan Syarifah Alya Adrianna, 11 bulan ini akan memuatkan beberapa lagu-lagu lama popular seperti Salam Buat Kekasih nyanyian Nadia, Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon) dan Penghujung Rindu (Jamal Abdillah).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain