suria

Selebriti Buat Jualan Amal 12 Kek Coklat

Barisan selebriti tanah air yang terlibat dalam kejohanan kek coklat kali keenam anjuran Great Eastern dan Rafflesia di sini, petang Sabtu. Turut kelihatan Pengarah Rafflesia Pearl Centre, Winnie Sin (empat, kanan). - Foto oleh LOW BOON TAT

KUALA LUMPUR: Lebih 10 selebriti tanah air terlibat dalam kejohanan kek coklat kali keenam anjuran Great Eastern dan Rafflesia bagi mengutip kira-kira RM30,000 untuk disalurkan kepada pelbagai pertubuhan kanak-kanak di sini.

Naib Presiden Eksekutif & Ketua Perkhidmatan Korporat & Harta Great Eastern, Bruce Lee Yee Lam berkata, pada tahun ini acara itu disertai 12 wakil chef dari pelbagai hotel dengan 12 biji kek yang dijual para selebriti.

Antara selebriti yang terlibat adalah Aaron Aziz, Rozita Che Wan, Amanda Imani, Azwan Ali, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Soo Wincci, Aleeza Kassim, Nadiya Nisaa, Linda Onn dan Hairul Azreen.

“Menerusi acara kali keenam ini, kami mensasarkan kutipan sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 untuk disalurkan kepada pelbagai pertubuhan di sekitar Kuala Lumpur.

“Seperti kebiasaan, kami tidak memberikan wang tunai tetapi kami membelikan peralatan, alat tulis dan keperluan lain kanak-kanak daripada beberapa pertubuhan terpilih,” katanya ketika ditemui pada acara tersebut yang berlangsung di Great Eastern Mall di sini, petang Sabtu.

Turut hadir pada majlis yang bertemakan ‘The Rafflesia Flower’ itu adalah Pengarah Rafflesia Pearl Centre, Winnie Sin.

Mengenai pemilihan selebriti pada tahun ini, Lee berkata, kehadiran golongan artis pada acara itu ternyata memberikan impak yang besar kepada hasil jualan dan respons khalayak umum.

“Kami berbesar hati dengan kerjasama para selebriti tanah air yang terbuka dan bersungguh-sungguh membantu jualan kek pada hari ini (Sabtu).

“Populariti mereka terutamanya Aaron Aziz, Rozita Che Wan dan Azwan Ali berjaya memeriahkan dan menarik perhatian pengunjung di pusat beli belah ini untuk membeli kek dan bergambar,” katanya.

Pada kejohanan itu, kategori Kek Paling Kreatif diungguli Grand Millenium Kuala Lumpur dengan kek bertemakan Rafflesia with Smurfs, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur di tempat kedua (Slices of Nature) dan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur di tempat ketiga (Heavenly Chocolate Rafflesia).

Kategori kek terbaik pula berpihak pada Grand Dorsett Subang Hotel dengan kek bertemakan Rafflesia, Swiss-Garden Hotels & Residences Kuala Lumpur sebagai naib juara (Rainforest Paradise) dan The Royale Chulan Kuala Lumpur di tangga ketiga (Dark Chocolate Cake Smooth N Delicious).

Pertandingan diadili Lee bersama lapan lagi pengarang daripada pelbagai akhbar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain