suria

ALBUM BARU: 'Anthem Nasional' Suntik Semangat Kemerdekaan

ALBUM: Anthem Nasional (Satu Interpretasi Merdeka)

ARTIS: Variasi Artis

EDARAN: Warner Music Malaysia

BERSEMPENA dengan sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke-55, Warner Music Malaysia tampil dengan keluaran album kompilasi patriotik berjudul Anthem Nasional (Satu Interpretasi Merdeka).

Album tersebut mampu membangkitkan semangat patriostisme masyarakat khususnya buat golongan muda bagi mengingati kembali peristiwa Malaysia mencapai status bebas daripada cengkaman kuasa asing pada 1957 yang lalu.

Menerusi album ini yang menyediakan dua keping cakerapadat (CD) didalamnya, terdapat pelbagai genre muzik dan lagu-lagu malar segar yang semestinya tidak bosan untuk didengar.

Dengan memuatkan sebanyak 29 buah lagu popular, album ini menampilkan barisan artis-artis popular yang antaranya seperti Jamal Abdillah, Datuk Ahmad Jais, Sudirman, Ella, P. Ramlee, S.M Salim, Carefree dan Freedom.

Lagu-lagu popular nyanyian Sudirman semestinya ada pada album itu iaitu Bahtera Merdeka, Warisan, 31 Ogos dan Tegakkan Bendera Kita.

Pada pendapat mStar Online, album ini wajib dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia bagi menghargai pejuang-pejuang negara yang berhempas pulas berjuang demi kebebasan rakyat.

Album ini juga memberikan sedikit peringatan dan rasa bersyukur pada diri kerana kita memiliki sebuah negara yang aman, tidak seperti beberapa negara luar yang masih lagi dibelenggu peperangan daripada pihak luar dalam tanah air mereka sendiri.

Khas buat warga Malaysia, dapatkan album Anthem Nasional (Satu Interpretasi Merdeka) yang kini sudahpun berada di pasaran dengan hanya RM27.90.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain