suria

Jennifer Aniston Akhirnya Bertunang Dengan Penulis Skrip Tidak Terkenal

Jennifer Aniston.
Jennifer Aniston.
Jennifer Aniston.

LOS ANGELES: Buat pertama kalinya selepas berita perpisahannya dengan Brad Pitt menjadi perbualan ramai, akhirnya Jennifer Aniston mengesahkan pertunangannya dengan seorang pelakon dan penulis skrip filem yang tidak begitu dikenali bernama Justin Theroux.

Berita mengenai pertunangan ini dilaporkan oleh majalah People.

Menurut majalah itu, kedua-duanya yang berlakon bersama dalam filem "Wanderlust", mula keluar pada Mei 2011.

Aniston, 43, berkahwin dengan bintang pujaan ramai Pitt pada 2000 tetapi perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 2005.

Theroux, 41, pula belum pernah berkahwin.

Aniston mencipta nama dalam sitcom "Friends" dengan memegang watak bernama Rachel Green.

Sitcom tersebut disiarkan selama 10 tahun sejak 1994.

Dalam musim terakhir siri itu, Aniston dan dua lagi pelakon iaitu Courteney Cox dan Lisa Kudrow mencatat sejarah sebagai aktres televisyen yang paling tinggi menerima bayaran iaitu sebanyak AS$1 juta seorang untuk setiap episod.

Berbanding Aniston, karier Theroux mencatatkan perjalanan yang sederhana.

Disamping menulis skrip, beliau juga berlakon filem serta siri mini televisyen seperti dalam filem HBO John Hancock sebagai "John Adams."

Satu-satunya filem popular yang mana Theroux memegang watak yang penting dan terkenal ialah dalam Charlie's Angels: Full Throttle sebagai Seamus O'Grady.

Di sebalik semua itu, beliau mungkin akan lebih dikenali sebagai anak saudara kepada novelis terkenal Paul Theroux, Alexander Theroux dan Peter Theroux.

Artikel Berikut

Artikel Lain