suria

Razak Ahmad Bersalah Khalwat, Didenda RM2,900

Razak Ahmad.
Razak Ahmad.
Razak Ahmad.

PETALING JAYA: Pelakon Razak Ahmad pada Khamis dijatuhkan hukuman denda RM2,900 atau setahun penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas dipadati bersalah berkhakwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, enam tahun lalu.

Akhbar Kosmo melaporkan, Hakime Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah.

Razak diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama setahun sekiranya gagal membayar jumlah denda tersebut. Tertuduh bagaimanapun membayar denda itu.

Pelakon drama Jangan Ambil Padang Kami itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hukuman yang diterima sebaliknya memberitahu dia kecewa.

Pada 14 September 2006, Razak, 45, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berada bersama Selamah Sahudin, 45, dalam keadaan yang menimbulkan syak di Nombor A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada jam 2.15 pagi, 1 April 2006.

Artikel Lain