suria

Rihanna Uji Kemampuan Dalam Filem Komedi

Rihanna
Rihanna
Rihanna

LONDON: Bintang pop Rihanna dilaporkan bakal membintangi sebuah filem komedi arahan Seth Rogen berjudul The End of The World selepas berjaya menempa nama dalam dunia lakonan menerusi Battleship baru-baru ini.

Jika menerusi Battleship, penyanyi berusia 24 tahun itu menggalas watak seorang kadet tentera yang lasak, pada kali ini dia bakal menguji kemampuannya menjayakan watak komedi pula.

Laman web contactmusic.com melaporkan, Rihanna dilihat berada di lokasi penggambaran filem itu di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat di samping aktres Emma Watson dan Jonah Hill.

Penyanyi lagu Umbrella itu turut mengumumkan mengenai projek filem itu menerusi kemas kini akaun Twitter miliknya yang berbunyi:

“Masa untuk penggambaran filem di New Orleans. Semua pelakon komedi kegemaran saya berada di sini. Suasana sangat melucukan dan ketawa tanpa henti.”

Antara bintang filem lain yang turut terlibat termasuklah James Franco, Jason Segel, Danny MCBride dan Mindy Kaling.

Ia dijangka ditayangkan pada tahun depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain