suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessie J Enggan Imej Lelaki Lembut

Jessie J
Jessie J
Jessie J

PENYANYI Britain, Jessie J memutuskan untuk mengubah gaya penampilannya apabila merasakan imejnya itu seperti seorang lelaki lembut.

Menurut laporan portal The Sun, pelantun lagu Domino itu akan meninggalkan kesemua imejnya yang pernah menjadi ikutan peminat-peminat dan sedang meneliti fesyen terbaik untuk tampil kepada umum.

"Sejak kebelakangan ini saya berasa seperti seorang lelaki lembut dan ada kalanya seperti kartun.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk melakukan pembaharuan dalam penampilan saya, daripada segi pemakaian dan rambut," katanya kepada majalah Grazia.

Dalam pada itu, Jessie mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajahnya tahun depan dan ia membuatkan dirinya bersemangat untuk bertemu peminat-peminatnya hampir di seluruh dunia.

"Apabila berada di atas pentas, saya melihat para penonton bernyanyi bersama-sama saya dan itu membuatkan perasaan berkobar-kobar mula timbul apabila konsert jelajah kembali bermula.

"Rasanya sangat indah apabila memiliki peminat-peminat yang menghargai kita," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain