Elemen Islamik Cabaran Terbaru Filem Syamsul Yusof - Hiburan | mStar

Elemen Islamik Cabaran Terbaru Filem Syamsul Yusof

Syamsul Yusof
Syamsul Yusof

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengakui cabaran utama dalam menghasilkan filem terbaru Jalan Kembali... Bohsia 2 adalah untuk mengimbangi elemen aksi, drama, komedi dan Islamik itu agar ia tidak klise.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata sebagai pengarah yang turut menulis skrip filem itu bersama sepupunya Rizal Ashref, dia perlu memastikan kandungan karya berkenaan padat dengan unsur-unsur hiburan dan mesej tetapi mempunyai kelainan daripada filem-filem sebelum ini.

“Cabaran paling besar yang saya hadapi adalah untuk memastikan filem ini berbeza dan tidak klise daripada filem-filem aksi yang pernah dihasilkan.

“Sebenarnya amat sukar untuk mengimbangi elemen-elemen aksi, drama, komedi dan Islamik dalam sebuah filem yang bertemakan rempit,” ujarnya kepada mStar Online.

Katanya, buat julung kali juga, dia menyelitkan elemen Islamik dalam filem bertemakan rempit dan kritikan sosial sebagai mesej.

“Ini pertama kali saya masukkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis dalam dialog filem ini sebagai pengajaran kepada penonton.

“Yang penting, dalam menghiburkan penonton kita perlu imbangi sesebuah filem dengan mesej dan pengajaran,” jelasnya.

Dalam pada itu, bapa kepada Syamsul selaku penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam berkata dia masih melakukan pemantauan terhadap filem itu bagi menjaga perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang kontroversi atau isu di kemudian hari.

“Saya masih jalankan pemantauan dan tapisan sendiri pada filem ini walaupun saya akui memberi kebebasan kepada Syamsul untuk berkarya. Untuk kesesuaian dengan selera penonton dan peredaran masa, filem begini perlu bersifat lebih realistik.

“Kita tidak boleh terlalu sekat itu dan ini semata-mata untuk mengawal kandungannya tetapi tapisan masih perlu supaya apa juga elemen yang agak panas dan provokasi masih boleh diterima umum,” hurainya.

Filem yang merupakan sambungan kepada Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) itu adalah filem ketujuh arahan Syamsul dan ke-28 terbitan syarikat produksi keluarganya, Skop Production.

Selain Syamsul, ia turut dibintangi antaranya Nabila Huda, Salina Saibi, Sofi Jikan dan Zizan Razak.

Jalan Kembali... Bohsia 2 bakal ditayangkan di 80 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 7 Jun depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain