suria

Sarung Tangan Michael Jackson Dilelong RM1 Juta!

Mendiang Michael Jackson.
Mendiang Michael Jackson.
Mendiang Michael Jackson.

MENDIANG Michael Jackson sememangnya seorang “superstar” apabila sarung tangan yang pernah digunakannya berjaya dilelong pada harga RM1 juta.

Dailymail melaporkan, walaupun belum dilelong secara rasmi tetapi peminat setia penyanyi itu telah mula membida sarung tangan tersebut dengan harga tinggi.

Bagaimanapun sebelum ia dijual kepada pelanggan, ia terlebih dahulu akan dipamerkan kepada masyarakat di Eropah, Asia dan Amerika Selatan.

Selain sarung tangan tersebut, beberapa barang lain milik penyanyi legenda itu yang akan dilelong seperti kemeja Captain EO, “spandex” hitam yang digunakan dalam klip video Scream dan beberapa aksesori yang dipakainya semasa konsert jelalah pada akhir tahun 80-an.

Barang-barang tersebut belum pernah dipamerkan kepada orang ramai semenjak mendiang meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

Barang berharga milik Michael ini juga akan dipamerkan di Museo De La Moda, Santiago pada 18 Mei depan dan acara lelongan dijadualkan pada 2 Disember di galeri Rumah Lelong Julien di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ady Putra Sah Fail Cerai

Artikel Lain