suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Martin (Coldplay) Alami Penyakit Tinnitus

Chris Martin (Coldplay)
Chris Martin (Coldplay)
Chris Martin (Coldplay)

VOKALIS kumpulan Coldplay, Chris Martin berdepan dengan masalah penyakit telinga iaitu Tinnitus, sejak sepuluh tahun yang lalu dan mampu mengancam kariernya jika ia tidak dapat diatasi.

Menurut laporan Bang Showbiz, suami kepada aktres Gwyneth Paltrow selalu diganggu bunyi berdesing di dalam kepalanya sehingga ia membuatkan kepalanya sakit teruk.

"Sudah 10 tahun saya menderita dengan penyakit ini dan terpaksa melindunginya dengan sejenis alatan monitor telinga. Ia nampak sedikit aneh, tetapi telah banyak menyelamatkan saya daripada diganggu bunyi berdesing itu," katanya.

Ayah kepada dua orang anak ini menambah, dia telah memakai alat itu sejak lima tahun dulu dan penyakit yang dialaminya itu mungkin berpunca daripada sikapnya yang gemar mendengar lagu terlalu kuat ketika di zaman remajanya.

"Anda tidak ingin tahu betapa pentingnya menjaga kesihatan telinga sehinggalah anda sedar bahawa telinga anda bermasalah, Saya harap dapat mengembalikan masa lalu dan sedar akan penyakit itu dengan lebih awal," nasihatnya.

Artikel Lain