suria

Chef Wan Jawab Kritikan Pedas Peserta Maharaja Lawak Mega

Chef Wan
Chef Wan
Chef Wan

KUALA LUMPUR: Peserta-peserta yang menyertai program realiti televisyen yang hanya mahukan pujian daripada barisan juri adalah dinasihatkan untuk tidak bertanding langsung.

Juri Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menegaskan, peserta-peserta tidak boleh selalu mengharapkan pujian daripada juri semata-mata untuk menyedapkan hati mereka atau syok sendiri sahaja.

Menurutnya, kritikan yang diberikan oleh beliau bersifat membina dan bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan, justeru tidak timbul soal pilih kasih terhadap mana-mana peserta.

"Saya sedar bukan semua orang yang boleh menerima kritikan pedas terhadap persembahan peserta dalam program MLM baru-baru ini kerana setiap orang ada mentalitinya tersendiri.

"Tetapi saya tidak kisah bagaimana orang lain melihat saya. Kalau seseorang peserta memberikan persembahan yang baik, saya akan kata baik dan yang tidak baik saya kata tidak baik. Kita harus jujur dalam kritikan kita," ujarnya dalam Program Kerusi Panas Radio24 Bernama.

Namun, kata Chef Wan lagi, jika ada antara mereka yang tidak sukakan kritikannya sebagai juri, mereka boleh panggil orang lain untuk mengantikan tempatnya.

Dalam pada itu, Chef Wan turut melahirkan harapan agar peserta-peserta yang menyertai program realiti seperti MLM dapat menghasilkan lawak yang benar-benar berkualiti, mencuit hati dan bukannya bersifat lawak bodoh yang boleh mengaibkan personaliti tertentu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain