suria

Tom Cruise Tiba Di India Untuk Promosi MI:4

NEW DELHI: Pelakon kacak dan popular Hollywood, Tom Cruise tiba di sini pada Sabtu untuk mempromosikan filem keempat dalam siri francais Mission Impossible (MI:4).

Pelakon itu yang kini sedang dalam rangka promosi filem MI:4 di seluruh dunia memberitahu para pemberita yang menanti ketibaannya bahawa dia berasa sungguh teruja untuk berada di sini.

Kunjungan Cruise ke India kali ini sangat bermakna kerana pelakon Bollywood Anil Kapoor turut berlakon di samping Cruise dalam filem terbaru Mission: Impossible -Ghost Protocol.

Anil akan mengiringi Cruise ke bandar Agra untuk melawat Taj Mahal.

Hero MI:4 yang berusia 49 tahun itu juga dijadualkan bertemu dengan barisan beberapa pelakon terkenal Bollywood yang lain di Mumbai seperti Aamir Khan, Amitabh Bachchan dan Katrina Kaif.

Cruise sebelum ini telahpun melakukan promosi MI:4 di Jepun dan Dubai.

Siri francais Mission:Impossible telah mengutip hasil jualan tiket sehingga AS$2 bilion di seluruh dunia.

Tiga filem sebelum ini telah ditayangkan pada tahun 1996, 2000 dan 2006.

Filem ini dihasil dari siri televisyen popular tahun 1960-an atas judul yang serupa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain