Kongsi Resipi "Pelik Dalam Pelik Tapi sedap" - Hiburan | mStar

Kongsi Resipi "Pelik Dalam Pelik Tapi sedap"

Zaibo
Zaibo

KUALA LUMPUR: Rancangan masakan unik yang menampilkan resipi masakan luar biasa berjudul Pelik Tapi Sedap bakal bersiaran untuk musim kedua pada 6 Disember ini, pukul 10.30 pagi di TV1.

Berbagai resipi pelik seperti Hundang Bersarong, Sate Lidah Lembu, Belalang Goreng Lada Benggala, Sup Isi Tapak Kaki Lembu, Sup Mata Lembu, Spaghetti Cencaluk dan Rendang Telor Lembu dari seluruh negeri akan disiarkan dalam rancangan ini.

Program dokumentari masakan ini mengekalkan pengacara Zaibo dan menampilkan beberapa tukang masak profesional jemputan yang turun padang berkongsi dapur dengannya termasuklah Chef Adanan Osman (StarPoints Hotel Kuala Lumpur), Asmah Awaluddin (Homestay Batang Nyamor, Negeri Sembilan), Chef Amran Adnan dan Chef Badaruddin A. Bakar (Bukit Gambang Resort City) dan Siti Zabedah Karim (Homestay Ayer Limau, Melaka).

Dalam episod pertama, Zaibo akan mengembara ke Kelantan sambil melihat tempat-tempat menarik dan mula mencari berbagai resepi pelik.

Antara tempat-tempat menarik yang dilawatinya adalah Rantau Panjang dan Kota Bharu dan di negeri Che Siti Wan Kembang ini, dia berpeluang mempelajari dua resepi istimewa iaitu Daging Kambing Buah Ara dan Gulai Daging dengan Mumbang Kelapa.

Kunjungan diteruskan ke negeri Perak di Kuala Sepetang, Kota Ngah Ibrahim, Bukit Merah Laketown Resort dan Menara Condong Teluk Intan, Kompleks Sejarah Pasir Salak yang mana penonton bakal berkongsi resipi menarik Masak Lemak Pekasam dengan Rebung, Peknga Buah Betik, Keli Ikan Bako Lemak Tempoyak, Hundang Bersarong, Ikan Patin Stim Tom Yam dan Sambal Jering Goreng Tepung Cili Benggala.

Manakala di Pulau Pinang pelbagai resipi seperti Nasi Buah Pala, Laksa Goreng Daging Rusa, Sate Lidah Lembu dan Otak-otak Kambing ditemui di beberapa kawasan.

Tidak ketinggalan episod "Jalan-Jalan di Kuala Lumpur", di mana Zaibo singgah di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Brickfield mempelajari dua resepi pelik Belalang Goreng Lada Benggala dan Cakar Ayam Berempah.

Untuk episod kelapan pula, Zaibo telah mengembara ke Negeri Sembilan bertempat di Hutan Lipur Gunung Datuk mempelajari dua resepi Ikan Semilang Salai dengan Tampang Masak Lemak Cili Api dan Sambal Tempoyak Pucuk Kayu yang sememangnya popular di sana.

Episod akhir membawa penonton mengunjungi negeri Kedah iaitu di Kota Kuala Kedah, Gunung Keriang yang mana penonton pastinya teruja berkongsi resepi Rendang Telor Lembu dan Merpati Masak Merah.

Artikel Sebelum

'Cinta Muka Buku' Ada Kekuatan Tersendiri

Artikel Berikut

Merlin Musim Baru Bakal Temui Penonton

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus