suria

Avril Lavigne Bakal Rujuk Dengan Bekas Suami?

MESKI sudah bercerai pada tahun lalu, penyanyi Avril Lavigne (gambar) masih menjalin hubungan baik dengan bekas suaminya, Deryck Whibley.

Baru-baru ini khabar angin tersebar mengatakan Avril dan anggota kumpulan SUM 41 itu akan rujuk semula.

Menurut US Magazine, Sabtu, gosip itu mendakwa mereka kelihatan mesra ketika sedang menikmati makan malam di Hollywood, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

Ketika diwawancara oleh Ryan Seacrest, Avril mengaku masih berhubung dengan bekas suaminya itu.

Bahkan, Deryck sempat membantu dalam pembikinan album penyanyi yang popular dengan lagu 'When You're Gone' itu.

"Dia merupakan salah seorang kawan terbaik saya, kami bekerjasama dengan baik, dan kami tetap berhubungan," ujar Avril.

Avril dan Deryck berkahwin pada Julai 2006 dan secara rasmi bercerai pada 16 November 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain