S Amin Shahab Menang Anugerah Nadi Cipta MACP 2011 - Hiburan | mStar

S Amin Shahab Menang Anugerah Nadi Cipta MACP 2011

SUBANG JAYA: Penulis lirik terkenal, Syed Mohd Amin Syed Hashim atau lebih dikenali sebagai S Amin Shahab dianugerahkan Anugerah Nadi Cipta pada majlis Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2011 di Hotel Grand Dorsett disini, malam Selasa.

S Amin ketika ditemui berkata, anugerah tersebut adalah kali pertama di dalam karier seninya sebagai penulis lirik dan terharu dengan pemilihan MACP terhadapnya tahun ini.

"MACP adalah sebuah badan yang menjaga kebajikan penulis lirik, pencipta lagu dari segi royalti dan jasa mereka dalam memperjuangkan hak kami adalah sangat dihargai," ujarnya.

Dalam pada itu, komposer dan penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir dinamakan sebagai Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak selama 12 kali berturut-turut.

Selain itu, syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd memenangi anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

Seiring dengan kejayaan M. Nasir, MACP turut mengiktiraf kejayaan sahabat karib dan gandingannya dalam membuat lagu baru iaitu penulis lirik Allahyarham Rosli Khamis (Loloq) apabila lelaki itu memenangi anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak.

Sementara itu, Sam Bunkface atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharum memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi (25 tahun ke

bawah) manakala lagu Dan Sebenarnya (Yuna, Adil Ali, Efry Arwis, Pa An Td, Syazwani) memenangi kategori Persembahan Lagu Melayu Terbanyak menerusi Dan Sebenarnya.

Turut memenangi anugerah pada malam itu, Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd.

Kategori lain adalah Persembahan Lagu Cina Terbanyak (Wo Ai Ta / Tan Vui Chuan dan Huang Tin) dan Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak (You / Haze, Malique dan Joe Flizzow).

Setiap pemenang membawa pulang hadiah berbentuk trofi.

Majlis yang diacarakan oleh ND Lala itu turut diserikan dengan persembahan daripada Yuna, Najwa Latif, Bunkface dan Amirah Ali.

Artikel Sebelum

MonoloQue Ingin Gerak Pendengar Beli Album

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain