suria

Suria FM Rai Ulangtahun ‘Ceria 4 Tahun’

Antara pendengar yang bergambar dengan penyampai Suria FM dan artis di taman tema air Wet World Shah Alam, Sabtu. - Foto SURIA FM
Antara pendengar yang bergambar dengan penyampai Suria FM dan artis di taman tema air Wet World Shah Alam, Sabtu. - Foto SURIA FM
Antara pendengar yang bergambar dengan penyampai Suria FM dan artis di taman tema air Wet World Shah Alam, Sabtu. - Foto SURIA FM

SHAH ALAM: Buat kali kedua, Suria FM memilih taman tema air untuk meraikan ulangtahun stesen radio itu apabila menyambut ulangtahun ‘Ceria 4 Tahun Suria FM’ di taman tema air Wet World di sini, Sabtu.

Menurut penolong pengurus, program, Borhanuddin Abdullah (JJ), sebelum ini Suria FM pernah mengadakan aktiviti di Desa Water Park, Sungai Besi dan menganggap lokasi seperti itu lebih menimbulkan kemeriahan dan kelainan dalam merapatkan hubungan antara pendengar, penyampai Suria FM dan artis.

“Kami merancang untuk mengadakan acara seperti ini sebagai acara tahunan. Kali ini, kami memilih 110 pendengar yang menyertai peraduan bersama-sama Suria FM dan setiap mereka mendapat dua pas untuk memasuki taman tema air ini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan semua pihak yang terlibat dan paling menarik apabila ada peminat yang sanggup datang dari Ipoh, Perak untuk memeriahkan acara ini,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, pendengar setia Suria FM, Lizawati Liz, 25, dari Pekan Razali, Ipoh akui selalu mendengar dan mengikuti perkembangan Suria FM sejak dua tahun lalu.

“Saya meminati program Suria Cinta kelolaan Kak Lin. Selain itu, saya selalu menghadiri program yang dianjurkan oleh Suria FM seperti Konsert Kemuncak Raya di Putrajaya pada Oktober lalu dan beberapa konsert mini,” katanya.

Acara yang berlangsung pada pukul 10 pagi hingga 2 petang itu melibatkan semua penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Shira, Bob Ringgo, Tyzo, Zizi, Lin dan Myra kecuali Linda Onn.

Antara permainan menarik adalah pertandingan ‘Gorilla Walk’, ‘Lodeh Ala Mak Lodeh’, ‘Catch Me If You Can’, ‘Water Sprint’ dan ‘Jam Pack’. Acara lain termasuklah cabutan bertuah, memotong kek ulangtahun dan persembahan artis.

Artis yang turut hadir adalah Amanda Imani, Sabhi Saddi, Forteen, Iqa Mentor, Yazer, Shazroul, Adzrin Azhar dan Chomel Fana.

Suria FM menyambut ulangtahun pada 24 November setiap tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain