suria

Video Rakam Album Baru Dedah Realiti Hujan

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Hujan bakal mendedahkan realiti kehidupan seni mereka kepada peminat menerusi video yang dirakamkan sepanjang pembikinan album baru Hujan.

Menurut vokalis Hujan, Noh (gambar), peminat yang membeli album keempat Hujan akan turut menerima cakera padat video digital (DVD) yang menampilkan rakaman tersebut.

“Kami mahu menonjolkan sisi berlainan dan realiti anggota Hujan agar lebih mendekatkan diri kami dengan peminat kami, Raingers.

“Kami telah merakamkan setiap aktiviti yang berlaku di sebalik pembikinan album ini yang mungkin tidak pernah diketahui oleh Raingers dan kini video itu sedang menunggu proses suntingan,” kata Noh.

Tambahnya: “Dengan terhasilnya video seperti ini, bukan sahaja akan merapatkan hubungan kami dengan peminat sebaliknya turut mengeratkan keakraban antara anggota Hujan.”

Bercerita lanjut tentang album terbaru mereka, Noh menjangkakan album ini akan dipasarkan pada Mac 2012.

“Setakat ini, kami sudah siap merakamkan tujuh buah lagu baru. Album ini menampilkan konsep lagu yang lebih berat dan patriotik seperti lagu Rumah Kita ciptaan saya dan Izzat.

“Selain itu, kami akan menampilkan penyanyi undangan iaitu kumpulan The Padangs dan seorang lagi penyanyi dari luar negara,” ujar Noh lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain