suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsert Kemuncak Suria FM Himpun Artis Popular

Semua DJ SuriaFM berkumpul hari ini untuk Majlis Rumah Terbuka SuriaFM pada Isnin
Semua DJ SuriaFM berkumpul hari ini untuk Majlis Rumah Terbuka SuriaFM pada Isnin
Semua DJ SuriaFM berkumpul hari ini untuk Majlis Rumah Terbuka SuriaFM pada Isnin

KUALA LUMPUR: Stesen radio Suria FM akan menganjurkan konsert Kemuncak Raya Suria FM 2011 pada 1 Oktober depan di Dataran Putrajaya dekat sini.

Pengurus Operasi Suria FM, Azrullah Mohd Nor berkata konsert yang menampilkan artis-artis popular ini bagi menghargai pendengar-pendengar setia SuriaFM.

"Sebelum konsert kemuncak ini, kita telah adakan beberapa siri jelajah iaitu Mini Konsert di Kuantan Parade, Komtar Walk Pacific Komtar Pulau Pinang pada 16 dan 17 September lalu.

"Manakala minggu hadapan di Batu Pahat Mall dan Dataran Hadari, Lumut, Perak," katanya pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Suria FM, di dini, Isnin.

Antara Artis yang bakal menjayakan persembahan pada konsert tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, Mawi, Awi Rafael dan Adira.

Selain acara konsert tersebut, Suria FM telah melancarkan Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM pada 29 Ogos lalu.

Pendengar bertuah bakal memenangi sebuah kereta Proton Inspira dan duit raya.

Pendengar hanya perlu meneka dimanakah “kerinting three” yang terkenal menerusi segmen Breakfast@Suria melarikan kereta tersebut.

Setiap pendengar yang memberi jawapan lokasi yang betul akan berpeluang memenangi satu kunci untuk ke acara finale pada 29 September depan pukul 3 petang di Tropicana City Mall, Petaling Jaya, dekat sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain