suria

Kes Saman Nadia Mustafar Belum Tamat - Lisdawati

Lisdawati dan anak-anak ketika menghadiri majlis rumah terbuka penerbit Datuk Yusof Haslam. - Foto NORAFIFI EHSAN
Lisdawati dan anak-anak ketika menghadiri majlis rumah terbuka penerbit Datuk Yusof Haslam. - Foto NORAFIFI EHSAN
Lisdawati dan anak-anak ketika menghadiri majlis rumah terbuka penerbit Datuk Yusof Haslam. - Foto NORAFIFI EHSAN

PETALING JAYA: Kes saman fitnah melibatkan dua aktres iaitu Nadia Mustafar dan Lisdawati masih belum berakhir seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Lisdawati menolak dakwaan itu walaupun Nadia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut telah selesai pada 27 Jun lalu.

“Hanya dia yang memberitahu bahawa kes ini telah selesai tetapi pada pihak saya belum menganggap ia sudah selesai.

“Kes ini masih dalam tempoh perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bermula hari ini (Isnin),” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Makam.

Perbicaraan tersebut disambung pada 10 Oktober depan. Lisdawati diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo dan Karpal Singh.

Media sebelum ini melaporkan Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, mendakwa, Nadia dengan niat jahat telah memberikan wawancara yang mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Bagaimanapun pada 27 Jun lalu, Hakim Yong Zarida Sazali meminta Lisdawati menarik semula saman itu ekoran beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain