suria

Bapa Fizo Omar Meninggal Dunia

Fizo Omar
Fizo Omar
Fizo Omar

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Wan Omar, 80, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pukul 12 tengah hari, Selasa.

Menurut pihak pengurusan Fizo, Metrowealth Movie Production (MIG), bapanya mengalami masalah ketumbuhan dan telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.

Bagaimanapun Allahyarham tidak sempat melakukan pembedahan seperti yang dirancang.

Allahyarham yang telah berpisah dengan ibu Fizo sejak beberapa tahun lalu tinggal di Selising, Pasir Puteh.

Jenazah akan dikemumikan di Tanah Perkuburan Islam, Melor, Kota Bharu selepas solat Isyak, Selasa.

Artikel Berikut

Anggun Tidak Lupa Asal Usul

Artikel Lain