suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Timberlake Tidak Bercinta Dengan Ashley Olsen

Justin Timberlake
Justin Timberlake
Justin Timberlake

NEW YORK: Wakil kepada penyanyi Justin Timberlake menyangkal laporan yang mendakwa penyanyi itu sedang hangat bercinta dengan aktres Ashley Olsen, 24.

Khabar angin mengenai hubungan mereka mula tersebar apabila pasangan itu dilihat bersama-sama menonton persembahan teater Sleep No More, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, wakil kepada aktor filem The Social Network itu menepis sepenuhnya spekulasi tersebut.

"Justin tidak menjalin hubungan cinta dengan sesiapa pun pada waktu ini," demikian menurut kenyataan wakil itu yang dipetik laman web people.com.

Sumber terdekat kepada bekas kekasih aktres Jessica Biel itu pula menambah, "Timberlake dan Olsen mempunyai kelompok rakan yang sama.

"Mereka keluar beramai-ramai secara berkumpulan dan bukannya berdua-duaan."

Artikel Sebelum

Artikel Lain