suria

Justin Timberlake & Britney Spears 10 Tahun Tidak Bertegur

Justin Timberlake
Justin Timberlake
Justin Timberlake

KETIKA pasangan selebriti Justin Timberlake dan Briney Spears menjalinkan hubungan cinta pada awal kerjaya mereka, ramai peminat yang menganggap pasangan tersebut sebagai paling serasi.

Mereka juga telah menjadi bintang idola para remaja dan rata-rata peminat menyokong hubungan tersebut.

Namun selepas mengambil keputusan untuk berpisah kedua-duanya mengambil haluan masing-masing.

Malah baru-baru ini, kedua-dua mereka mengaku tidak pernah bercakap dan bertegur sapa sejak 10 tahun selepas berpisah.

"Saya selalu mendoakan yang terbaik untuknya, kami bagaikan membesar bersama-sama dan apabila kedua-dua dewasa, kami mencari haluan yang berbeza.

"Kami merasakan sesuatu yang tidak normal apabila kami bersama, kami banyak menghabiskan banyak masa untuk menjadi idola remaja," ujar Justin yang baru sahaja berpisah dengan kekasihnya Jessica Beil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain