'Mantera Anjasmoro' Air Rebusan Seluar Suami Dipuja - Hiburan | mStar

'Mantera Anjasmoro' Air Rebusan Seluar Suami Dipuja

Para pelakon 'Mantera Anjasmoro'.
Para pelakon 'Mantera Anjasmoro'.

PETALING JAYA: Drama terbaru Mantera Anjasmoro di TV3 lebih banyak menampilkan adegan suspens dan permainan emosi berbanding paparan makhluk halus atau hantu secara terbuka.

Drama 13 episod lakonan pelakon Sharifah Shahriza (Eja), Adi Putra, Fouziah Gous dan Raja Norbaizura itu akan disiarkan mulai 3 Mac ini, setiap Khamis, pukul 9.30 malam.

Turut berlakon dalam drama arahan Aidilfitri Mohamad Yunos dan terbitan Nor Aliah Lee itu adalah Mohd Hafidzuddin Fadzil, Hamidah Wahab dan Aripah Damanhuri.

"Kelainan drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak kerana ia menceritakan tentang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya.

"Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.

"Selain itu, drama ini akan memaparkan visual grafik yang cantik seperti 56 syot menggunakan imej janaan komputer (CGI) dan menunjukkan muka sebenar Sabrina selepas mengamalkan ilmu tersebut," kata Aidilfitri dalam satu sidang media di Garden Cafe, One Utama, di sini, Selasa.

Menurutnya, nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton mengamalkan ilmu jahat yang melibatkan serapah dan makhluk halus.

"Drama ini merupakan drama seram pertama arahan saya kerana sebelum ini saya lebih banyak mengarah drama dan filem aksi iaitu Bionik, Ejen 106 dan Klip 3GP.

"Jadi apabila penerbit menawarkan cerita ini terus saya menerimanya sekadar untuk mencuba.

"Idea dan konsep asal cerita ini adalah daripada saya sendiri manakala skripnya ditulis oleh Sofia Aliza.

"Saya menjalankan kajian tentang amalan ini pada Jun tahun lalu sebelum melakukan penggambaran di sebuah rumah lama di Ampang," ujarnya lagi.

Drama ini menampilkan Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid.

Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.

Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).

Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Perkhidmatan Percuma Astro Di Wad Pediatrik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain