suria

Anggap Diri Sudah Tua, Anang Nikah Tahun Depan

SETELAH bercerai dengan penyanyi Krisdayanti, komposer dan penyanyi Anang Hermansyah berhasrat untuk mempunyai teman hidup semula. Dia memberitahu akan berkahwin pada bulan Ramadan tahun depan.

“Insya-Allah, Ramadan tahun depan iaitu pada bulan Ogos, saya akan bernikah dan mempunyai pasangan hidup semula. Tapi saya belum tahu dengan siapa,” ujarnya seperti dipetik KapanLagi.com.

Sebelum ini, Anang sudah memberitahu untuk bernikah dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun menurut lelaki ini dia masih belum bertemu calon yang sesuai.

“Ya saya memang mensasarkan untuk nikah secepatnya. Saya sudah tua, saya mahu sebuah keluarga yang sempurna dan dapat menjaga anak-anak saya dengan baik.

Dalam pada itu, bekas isterinya, Krisdayanti dikatakan akan mengakhiri zaman janda dengan jutawan Timor Leste, Raul Lamos dalam masa terdekat ini.

Anang juga seringkali dikaitkan dengan beberapa artis popular Indonesia dan yang terbaru ialah rakan duetnya Syahrini.

Artikel Sebelum

Zaquan Puji Badan Ayu Semakin Langsing

Artikel Berikut

Ijoy Terkena Demam Denggi

Artikel Lain