suria

Anak Bantah Pernikahan Pasha Ungu

PERANCANGAN majlis pernikahan vokalis kumpulan Ungu, Pasha dengan kekasihnya, Adelia dalam waktu terdekat ini sudah diketahui anak pertamanya, Kisya Alvaro Putra Sigit.

Malah kanak-kanak berusia lapan tahun itu juga membantah perancangan pernikahan tersebut.

Ketika sesi bual bicara di sebuah program televisyen Indonesia, Sensasi Artis, Kisya kelihatan murung berada disisi ibunya Okie yang juga bekas isteri kepada Pasha.

“Kenapa Kisya seperti sedang bersedih,” soal seorang wartawan kepada Okie atau nama sebenar Calerista Agustina.

Dengan nada tinggi, Kisya menjawab: “Soalnya papa (Pasha) mahu kahwin lagi.”

Okie memberitahu anak-anaknya masih belum dapat menerima kenyataan bahawa ayahnya akan bernikah lagi.

“Dia masih terlalu kecil untuk menerima kenyataan tersebut. Dia mengetahu hal tersebut di televisyen, malah ketika mengetahuinya dia menangis,” katanya.

Belum sempat Okie menjelaskan lebih lanjut, Kisya membuka mulut dengan nada tinggi: “Tidak mahu, Kisya tidak mahu papa nikah lagi,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain