suria

Tiga Program Baru Kanak-Kanak Di Musim Cuti Sekolah

Johnny Test
Johnny Test
Johnny Test

PETALING JAYA: Stesen ntv7 bakal menyiarkan tiga program terbaru untuk kanak-kanak pada musim cuti sekolah ini iaitu Johnny Test, OOglies, dan Metajets!.

Kanak-kanak akan mengalami pengalaman baru melalui kartun-kartun tersebut, yang pastinya menarik dan penuh dengan cabaran dan kreativiti.

Johnny Test akan ditayangkan pada Sabtu ini, pukul 9 pagi dan ia merupakan sebuah kartun yang melucukan dan pastinya kartun ini akan menerima respon yang baik.

Ia mengisahkan mengenai seorang budak lelaki berumur 11 tahun, tidak mengenal erti takut dan anjing merupakan sebuah robot yang direka secara genetik dan diberi nama Dukey.

Bagi kanak-kanak itu, tiada misi yang terlalu luar biasa ataupun cabaran dan musuh yang terlalu hebat untuknya. Asalkan anjingnya, Dukey bersamanya, Johnny akan cuba sedaya upayanya untuk mengatasi segala rintangan.

Johnny mempunyai sepasang kakak kembar yang juga genius berumur 13 tahun iaitu Susan dan Mary. Mereka gemar menggunakan Johnny untuk eksperimen luar biasa mereka.

Seterusnya, Ooglies akan disiarkan pada hari Ahad bermula dari 5 Disember ini, pukul 8.30 malam.

Siri ini menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan pemikiran dan kreativiti mereka. Direka oleh sekumpulan pakar animasi yang terbaik di United Kingdom, OOglies merupakan sebuah program persembahan sketsa animasi di mana objek rumah akan dihidupkan dengan sepasang mata.

Sementara itu, Metajets yang akan keudara pada setiap Ahad, mulai 5 Disember, pada jam 11.30 pagi, juga menjanjikan jalan cerita yang menakjubkan.

Kartun hasil kerjasama negara Amerika dan Korea Selatan ini memperlihatkan kepantasan dalam aksi persaingan di atas langit. Dalam dunia di mana penerbangan merupakan yang terpenting, juruterbang muda bersaing di Litar Perlumbaan Penerbangan samping melancarkan pertempuran untuk merampas kuasa tertinggi di atas langit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AJL25: Tomok Tunggu 10 Tahun

Artikel Lain