Zahiril Adzhim Belajar Loghat Kelantan Tiga Bulan - Hiburan | mStar

Zahiril Adzhim Belajar Loghat Kelantan Tiga Bulan

PETALING JAYA: Pelakon kacak Zahiril Adzim memberitahu terpaksa belajar loghat Kelantan selama tiga bulan sebelum memulakan penggambaran filem terbarunya berjudul Bunga Lalang.

Jejaka berusia 26 tahun ini mengakui agak sukar menguasai loghat negeri tersebut kerana tidak pernah mempelajarinya sebelum ini.

“Bukan senang nak cakap Kelantan, saya ada dua orang guru yang membantu untuk saya bercakap dengan fasih dengan lengok yang betul.

“Kalau sekadar menterjemahkan sesebuah ayat dari bahasa Melayu ke loghat Kelantan memang senang tapi cara mereka bertutur agak sukar untuk ditiru. Saya juga terpaksa duduk dengan orang Kelantan untuk biasakan diri,” ujarnya.

Selain mempelajari bahasa Kelantan Zahiril juga terpaksa belajar bermain tomoi. Wataknya sebagai jaguh tomoi memerlukan dia untuk mengambil kelas tomoi dengan seorang guru dari Persatuan Tomoi Malaysia.

“Watak saya ialah sebagai seorang peninju tomoi, saya terpaksa masuk kelas tomoi dan belajar dari seorang guru. Selain itu saya perlu jaga pemakanan dan berat badan agar nampak sesuai sebagai seorang peninju,” ujarnya.

Tambah Zahiril, filem kelima lakonannya ini benar-benar menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon. Dia juga berdebar menantikan reaksi penonton terhadap tiga filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

“Alhamdulilah rezeki semakin murah, tahun depan saya akan keluar dengan filem Senjakala, Tolong Awekku Pontianak dan filem ini, Bunga Lalang.

“Sudah tentu perasaan berdebar untuk melihat reaksi penonton yang akan menilai bakat lakonan saya dalam filem tersebut.

Ditanya tentang hubungan cinta yang semakin mekar antaranya dengan personaliti TV3, Shira Ayob, 23, Zahiril memberitahu hubungan tersebut semakin serius.

“Ya kami sedang berkawan dan hubungan tersebut kini semakin serius. Saya senang berkawan dengannya kerana dia seorang perempuan yang sangat memahami diri dan kerjaya saya.

“Dia juga seorang yang ceria dan mudah dibawa berbincang. Kami dalam proses mengenali dan kearah yang lebih serius,” ujarnya yang mengenali Shira ketika berlakon dalam telefilem Ada Sesuatu Yang Tertinggal terbitan Grand Brilliance.

Artikel Sebelum

Rambut Punk Pasha Tidak Ubah Muzik Ungu

Artikel Berikut

Ariel Peterpan Dituduh Lakukan Video Lucah

Artikel Berkaitan

default image

Juliana Evans Akui Zizan Lelaki Idaman

default image

Ning Tolak Selesai Saman Luar Mahkamah

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain