suria

Ariel Peterpan Dituduh Lakukan Video Lucah

Ariel ditemui wartawan menerusi celah jeriji besi di Mahkamah Negeri Bandung, Isnin. Gambar AFP
Ariel ditemui wartawan menerusi celah jeriji besi di Mahkamah Negeri Bandung, Isnin. Gambar AFP
Ariel ditemui wartawan menerusi celah jeriji besi di Mahkamah Negeri Bandung, Isnin. Gambar AFP

BANDUNG: Bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel,29, dihadapkan ke Mahkamah Negeri Bandung di sini, Isnin atas tuduhan mengedarkan dua rakaman video seks buatan sendiri di Internet.

Pihak pendakwa, Rusmanto memberitahu wartawan, Ariel, muncul pada persidangan yang diadakan secara tertutup bagi sabitan di bawah undang-undang anti-pornografi 2008.

Pihaknya juga mendapati Ariel turut terlibat membantu menyediakan kemudahan peralatan bagi menyebarkan video porno itu.

Penyanyi tersebut kelihatan santai dengan kemeja kelabu dan berseluar panjang hitam sambil memberi reaksi kepada wartawan di sebalik jeriji besi.

Lebih dari 500 anggota polis berkawal apabila ramai peminat Ariel terutamanya wanita muda termasuklah puak Islam radikal yang berkumpul di luar mahkamah.

“Banyak kes seperti ini tetapi mengapa mereka dibebaskan dan tidak Ariel? Adakah kerana dia terkenal (menyebabkan dia ditahan). Kami mahukan keadilan,” ujar Ruri Astari, pelayan restoran berusia 22 tahun yang merupakan peminat penyanyi itu.

Dianggarkan kira-kira 20 orang peminat Ariel berkumpul sambil menyanyikan lagu popularnya dan juga membawakan sepanduk “bebaskan Ariel”.

Pemimpin Islam Hirman Firdaus pula mengatakan penyanyi itu telah membawa ancaman kepada masyarakat dan perlu dihukum dengan hukuman maksimum.

"Saya ingin dia dihukum berat. Ini perbuatan yang tidak bermoral," katanya.

Ariel pula sempat berkata dia sudah bersedia menghadapi apa juga kemungkinan selepas membaca dakwaan tersebut.

Penyanyi yang digelar Ariel Peterporn itu ditahan pada 22 Jun lalu selepas tersebar rakaman video perlakuan lucahnya dengan dua selebriti ternama Indonesia iaitu Luna Maya,27, dan Cut Tari,33. Maya yang mengaku kekasih Ariel turtu kelihatan di mahkamah.

Jika sabit kesalahan Ariel boleh dihukum sehingga 12 tahun penjara.

Penyebaran video seks itu telah menyebabkan kerajaan Indonesia mengambil tindakan membersihkan Internet dari sebarang aktiviti pornografi.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, turut memberi amaran bahawa kira-kira 240 juta rakyat Indonesia berisiko menjadi "hancur” disebabkan kecanggihan teknologi maklumat. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain